TYT dan Ketua Menteri Hadiri Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2026
31 August 2026
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2026 yang berlangsung di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu pada 31 Ogos 2026.
Sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku, disusuli Istiadat Hormat Diraja serta pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Acara turut dimeriahkan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah, lafaz Ikrar Rukun Negara, persembahan koir serta pelbagai acara lain termasuk persembahan khas.




