Ketua Menteri Hargai Sumbangan Mohd Razali Sempena Persaraan

berita-sabahnewsOctober 2026

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab di Menara Kinabalu pada 7 Oktober 2026, sempena persaraan beliau yang berkuat kuasa pada 14 Oktober ini.

Hajiji merakamkan penghargaan atas jasa, komitmen dan kerjasama Mohd Razali sepanjang menerajui Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, khususnya dalam memperkukuh hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan.

Kerjasama itu turut menyumbang kepada kelancaran pelaksanaan agenda pembangunan serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat menerusi jabatan dan agensi Persekutuan di Sabah.

Mohd Razali dilantik sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah pada 2 September 2025.