Menteri Komunikasi Taklimat Ketua Menteri Mengenai JENDELA
Menteri Komunikasi, Dato’ Seri Fahmi Fadzil mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada 3 November 2026 di pejabat Ketua Menteri, Menara Kinabalu. Dalam pertemuan itu, Fahmi menyampaikan taklimat mengenai perkembangan terkini pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), khususnya usaha memperluas infrastruktur komunikasi dan capaian internet di Sabah.
Pelaksanaan JENDELA Fasa 2 dijangka memberi manfaat kepada penduduk, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman yang masih mempunyai akses terhad kepada perkhidmatan internet berkualiti. Daripada 3,000 lokasi yang dikenal pasti di seluruh negara, kira-kira 2,000 lokasi di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak menjadi tumpuan pelaksanaan fasa kedua projek berkenaan.
Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.




