Ketua Menteri Sumbang Komputer Riba kepada Hospital Queen Elizabeth II

berita-sabahnewsNov 2026

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan sumbangan komputer riba kepada Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) di Kota Kinabalu pada 5 November 2026. Sumbangan itu diterima oleh Pengarah HQE II, Dr Ferro Firdaus Ibrahim di pejabatnya.

Hajiji berkata, sumbangan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam menyokong usaha meningkatkan kemudahan serta keupayaan perkhidmatan kesihatan di Sabah.