Menaiktarafkan Paitan dan Sook Sebagai Daerah Penuh

berita-sabahMarch 2024news

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri telah meluluskan kelulusan cadangan untuk menaiktaraf Daerah Kecil Paitan dan Sook ke status daerah penuh. Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini. Kedua-dua daerah kecil ini dijangka akan mula beroperasi sebagai daerah penuh dalam masa terdekat, setelah sejumlah perkara teknikal seperti urusan pentadbiran dan persempadanan daerah diselesaikan.

“Kita telah memaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak-pihak berkenaan untuk mengambil langkah-langkah bagi mempercepatkan proses menaik taraf kedua-dua daerah kecil itu ke daerah penuh,” katanya.

Semasa Majlis Berbuka Puasa pada 30 Mac 2024 di Dewan Terbuka Paitan. Beliau menyatkan bahawa rakyat Paitan sangat beruntung memiliki wakil rakyat (Datuk James Ratib) yang prihatin, yang telah berusaha dengan gigih untuk memperjuangkan kenaikan taraf daerah ke daerah penuh.

Selain itu, dalam usaha untuk memenuhi keperluan penduduk di Paitan, Hajiji turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk membina sebuah Dewan Serbaguna di kawasan tersebut serta beberapa projek pembangunan lain yang telah diluluskan.

“Jangan kita terpengarauh dengan fitnah yang disebar pihak tertentu sekarang, maklumlah semakin dekat Pilihan Raya Negeri (PRN) mulalah ada menyebar fitnah oleh pihak yang tidak suka kepada kerajaan,” katanya.

Dengan itu, Beliau mengajak penduduk Paitan untuk memberi sokongan kepada kerajaan negeri, serta menolak calon dari pihak pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, dengan keyakinan bahawa kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Sabah akan kekal dipegang oleh pihak kerajaan.