Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM)

berita-sabahMay 2024news

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag dijemput untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tahun 2024 di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan pada 3 Mei 2024.

Yang di-Pertua Negeri , Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M.Jasni turut diiringi oleh Hajiji, Juliah, dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, dalam menyantuni gerai-gerai juadah.

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan hiburan oleh Kombo PDRM, artis tempatan, dan keluarga Istana Negeri, serta dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim M.Yahya, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Christina Liew, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Mohd Arif, Timbalan Speaker DUN, Datuk Al-Hambra Tun Juhar, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, dan kenamaan lain.