Penyerahan Geran Tanah Akan di Teruskan
2 June 2024
Penyukatan tanah dan penyerahan geran tanah kepada penduduk di seluruh negeri melalui Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) akan diteruskan. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata di Majlis Penyerahan Geran Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) dan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.8 Pintasan di Padang Belia Kampung Pantai Emas, Kota Belud pada 2 Jun 2024.
Program PANTAS berjaya menyelesaikan masalah kelewatan penyukatan tanah dan pemberian geran kepada ribuan penduduk. Ada pemimpin pembangkang mengaku usaha pemberian geran tanah kepada penduduk itu dimulakan ketika mereka memerintah sebelum ini.
"Program di bawah PANTAS ini telah diwujudkan pada 2011 lagi. Ada pemimpin menganggap program PANTAS ini adalah inisiatif mereka terutama Parti Warisan. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal jika berucap di mana-mana waktu dia Ketua Menteri dulu, dia cakap itu adalah inisiatif kerajaannya. Mereka kata usaha menolong rakyat, menyukat tanah rakyat itu dimulakan oleh Parti Warisan Sabah. Itu tidak benar. PANTAS dilancarkan pada 2011 dan sudah beribu geran diserah kepada rakyat, bukan Parti Warisan Sabah yang mulakan. Saya cakap ini supaya kita tahu. Program PANTAS ini akan kita teruskan dan saya telah minta Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur supaya ia diteruskan. Komuniti yang masih menunggu geran tanah mesti bersabar, sebab kerajaan akan meneruskan usaha melalui PANTAS dan banyak lagi geran akan diserahkan kepada rakyat dalam masa terdekat.”