Tinjauan Lokasi Tanah Runtuh, Jalan Keningau-Kimanis

berita-sabahMarch 2024news

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Kilometer 14.3 dan Kilometer 11.2 Jalan Kimanis – Keningau pada 20 Mac 2025. Seterusnya, Beliau menghadiri Majlis Berbuka Puasa Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, di Kompleks Sukan Keningau.

Dengan kejadian tanah runtuh, Jalan Keningau-Kimanis di Kilometer 11.2 telah ditutup sejak 8 Mac 2025 dan laluan di Kilometer 14.3 ditutup sejak 4 Mac 2025 selepas runtuhan cerun menyebabkan jalan tidak dapat dilalui. Kerja pembersihan jalan dan pembaikan cerun runtuh lokasi berkenaan akan dibuka dalam masa terdekat.