Belum Ada Tarikh Bubar DUN – Ketua Menteri
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, beliau belum menetapkan sebarang tarikh untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berikutan spekulasi bahawa pembubaran akan berlaku pada Julai 2025 atau Ogos 2025. Beliau berkata akan membuat pengumunan mengenai perkara itu selepas Perhimpunan Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pada akhir Julai 2025.
Beliau yang juga Presiden Gagasan Rakyat dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sulaman menegaskan yang GRS tiada isu sekiranya bertembung dengan Barisan Nasional (BN) pada PRN17 sebab parti BN sudah menyatakan mereka tidak berminat berkerja sama. "Kita tidak paksa kalau tidak berminat," kata Hajiji pada 15hb Jun 2025 selepas merasmikan Persidangan Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sulaman di Tuaran.
"Kita di Gagasan Rakyat dan GRS sentiasa bersatu hati untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang tidak berapa lama lagi. Biarlah pembangkang melakukan fitnah, tapi kita ahli Gagasan Rakyat mesti berdiri sama-sama rakan kita dalam GRS Plus, khususnya di Sulaman ini. Kami dalam GRS akan bersama sama berbincang ke mana arah kita pada pilihan raya akan datang.”