Bayaran Interim RM1.5 bilion Untuk Sabah

berita-sabahMay 2026news

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengalualukan bayaran interim sebanyak RM1.5 bilion bagi pemberian khas kepada Sabah seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Mei 2026.

“Sabah berharap dana tersebut dapat disalurkan secepat mungkin demi manfaat rakyat negeri ini,” katanya. Ketua Menteri turut mengalu-alukan jaminan Perdana Menteri ketika merasmikan sambutan Pesta Kaamatan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus menghormati dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Ini membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan menunaikan apa yang dijanjikan. “Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan semua peruntukan di bawah MA63, khususnya pemberian khas 40 peratus, dapat direalisasikan,” katanya.