Sawit Kinabalu Hulur Sumbangan RM1 Juta Kepada Yayasan Kebajikan Sabah
22 April 2025
Kumpulan Sawit Kinabalu menyumbang RM1 juta kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Shangri-La Tanjung Aru Resort, pada 22hb April 2025.
Penyampaian sumbangan daripada Pengarah Urusan/Ketua Eksekutif Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Victor Ationg, kepada Pengarah YKS, Datuk Diyanah Abdullah disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu.

Hajiji disambut warga Sawit Kinabalu.