Istiadat Perbarisan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah di Padang Merdeka, pada 30 Mac 2026.
Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, menerima tabik hormat daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Utama. TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman bersama Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin disambut dengan tembakan meriam 17 das sebagai tanda penghormatan.
TYT turut memeriksa kontinjen perbarisan yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan etnik, institusi pengajian tinggi serta pelajar sekolah.
Istiadat berkenaan turut diserikan dengan persembahan koir dan persembahan khas oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah anggota Kabinet Negeri dan Persekutuan, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen serta ketua-ketua jabatan.




