KM Salur RM30,600 Kepada Mangsa Banjir Tawau

Aug 2026berita-sabahnews

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyalurkan bantuan Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) berjumlah RM30,600 kepada 102 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di Tawau, dengan setiap keluarga menerima RM300. Sumbangan itu disampaikan melalui Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Mohd Shoffian Mohd Said, bagi membantu meringankan beban mangsa.

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan petugas pengurusan bencana atas komitmen dalam operasi menyelamat, pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS) serta penyampaian bantuan. Banjir berkenaan menjejaskan 102 KIR melibatkan 362 mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau sebelum dibenarkan pulang selepas keadaan kembali pulih.