Pesuruhjaya Polis Sabah Bersara Selepas 32 Tahun Berkhidmat

berita-sabahnewsNov 2026

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun akan bersara pada 11 November 2026 selepas 32 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau mengadakan kunjungan hormat perpisahan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada 4 November 2026 di Menara Kinabalu. Hajiji merakamkan penghargaan atas khidmat bakti dan sumbangan Jauteh, khususnya dalam memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di Sabah.

Jauteh turut menghargai sokongan kerajaan negeri dalam memperkukuh infrastruktur dan logistik kontinjen polis Sabah, termasuk penyediaan tapak bagi pembinaan dua IPD baharu di Kalabakan dan Nabawan serta bantuan khas untuk menaik taraf 20 pondok polis di seluruh negeri.