Kementrian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) : Pelaksanaan Program Untuk Belia Sabah
Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) digalakkan untuk melaksanakan program yang sesuai seperti Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan belia. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, SYVOC sebagai inisiatif serupa dengan Rakan Muda di Johor yang berjaya membentuk belia melalui program pembangunan kemahiran dan kesukarelaan.
Semasa perasmian Karnival Belia Sabah 2024, Hajiji menekankan pentingnya kerjasama antara kementerian yang berkaitan dengan belia untuk melaksanakan program Pembangunan untuk menyediakan belia dengan kemahiran teknologi seperti Cloud dan AI, terutama dengan pelaburan RM10.5 bilion daripada Microsoft Corp baru-baru ini.
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM16.89 juta dalam Belanjawan Sabah 2024 untuk program kepimpinan, kemahiran, dan keusahawanan yang bertujuan memperkasakan belia. Program seperti Felo Sabah Maju Jaya (Felo SMJ) dan Dewan Belia Sabah (DBS) akan diteruskan untuk meningkatkan produktiviti dan peningkatan ekonomi di Sabah.
Karnival Belia Sabah tahunan adalah platform penting untuk memupuk semangat kepemimpinan dan kesukarelaan, selain menyerlahkan potensi dan peranan belia dalam pembangunan negeri. Dengan itu, pogram-program haruslah sesuai dengan trend semasa seperti peningkatan kemahiran, latihan semula, pertandingan sukan, pameran, dan forum diadakan untuk memberikan peluang kepada belia untuk belajar, bertukar pendapat, dan berkembang secara holistik.